Pusat Transit Gelandangan bakal siap Julai 2022

Johor Bahru: Projek pembinaan Pusat Transit Gelandangan Bangsa Johor di Taman Larkin Perdana, di sini, dijangka bermula pada Ogos depan. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, bangunan transit bagi menampung 200 gelandangan pada satu-satu masa itu dijangka siap pada Julai 2022. Katanya, sehingga kini, dua lokasi dicadangkan bagi penempatan sementara membabitkan Anjung Singgah, Taman Nong Chik yang boleh menampung seramai 38 orang selain Pusat Perlindungan Wanita, Taman Perling yang boleh menampung 120 orang. “Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memberi tumpuan bagi melindungi gelandangan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada… Read More

Ujian getir JDT bertemu Pohang Steelers

Johor Bahru: Ujian getir menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berdepan kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, di Bangkok, Thailand, malam esok. Ketika ini kedua-dua pasukan mengumpul tiga mata dan kelebihan jaringan yang dimiliki JDT meletakkan pasukan itu berada di tangga kedua manakala Pohang Steelers di tangga ketiga kumpulan. Pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui, barisan pemainnya bakal menempuh aksi yang berliku tatkala skuad bimbingan Kim Gi-dong semestinya ingin bangkit selepas tumpas 0-3 kepada Nagoya Grampus, Jumaat lalu. Beliau berkata lawan yang… Read More

Perak seri dengan JDT di Ipoh

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada perlawanan kelima Liga Super 2021 selepas mencatat keputusan 2-2 di Stadium Perak di sini pada Ahad. Sementara itu, Perak FC pula terus longlai di laman sendiri apabila masih belum mencipta kemenangan di Stadium Perak dalam tiga perlawanan awal musim ini. Perlawanan pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencari rentak mengatur serangan ke kubu lawan masing-masing. Pasukan pelawat mencipta peluang pada minit ke-16 untuk menjaringkan gol menerusi Natxo Insa hampir menjaringkan gol namun dinafikan penjaga gol Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim yang… Read More

Stadium Sultan Ibrahim tewaskan 19 pesaing raih anugerah stadium terbaik 2020

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menggegar gelombang tempatan dan serantau. Kini gelanggang tuan rumah – Stadium Sultan Ibrahim bernilai RM200 juta di Iskandar Puteri telah mendapat pengiktirafan global selepas menewaskan 19 stadium lain di seluruh dunia sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’ dalam undian awam yang dikendalikan laman web StadiumDB.com berpangkalan di Poland. Pencapaian itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam. Setiap individu berhak membuat satu undi, memilih lima venue teratas (berdasarkan 5, 4, 3, 2 dan 1 mata) dan berdasarkan hantaran itu, Stadium Sultan Ibrahim… Read More