Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu. NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang. Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini. Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan. Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson,… Read More

Jawatankuasa Kemajuan Perkampungan Jelebu Adakan Taklimat Urustadbir

KUALA KLAWANG: Mesyuarat taklimat pengurusan JPKKP Jelebu telah berlangsung pada 27 November lepas. Ia telah dipengerusikan Pemangku Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Jelebu merangkap PKP Tampin, Encik Bosco Pang. Mesyuarat bertujuan untuk menyampaikan taklimat kepada Pengerusi-pengerusi JPKKP baru seluruh Daerah Jelebu mengenai tugasan dan gerak kerja di kampung masing-masing. Mesyuarat taklimat pengurusan tersebut turut dihadiri oleh ahli Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Jelebu, Tang Jayson yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Bersatu Bahagian Jelebu, Kuala Klawang.

Masyarakat India diraikan, Penggerak Jelebu serah sumbangan Deepavali

Ketika negara masih melawan wabak Covid-19 dengan pelaksanaan PKPB, sambutan perayaan tetap diraikan secara tertutup. Penggerak Jelebu telah menyerahkan sumbangan Deepavali ikhsan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin kepada masyarakat India di Air Hitam dan Bahau. Ahli Jawatankuasa Penggerak Jelebu, Puan Zarinah Krishnan telah memanjangkan sumbangan tersebut melalui serahan yang digerakkan petang semalam. Ini bukan kali pertama sumbangan Deepavali daripada YB Hajah Zuraida Kamaruddin, pada tahun lepas juga sumbangan tin makanan Deepavali daripada Menteri KPKT itu turut disampaikan kepada masyarakat India.

Komuniti |PeKT Jelebu bergerak aktif

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Jelebu antara PeKT yang telah bergerak aktif seluruh negara. Selepas mendapat watikah pelantikan pada bulan lepas daripada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu, Tang Jayson telah memgadakan mesyuarat penyelarasan dengan ahli-ahli PeKT Jelebu pada 5 Oktober lepas. Hari yang sama juga, beliau turut mengadakan pertemuan dengan semua ketua JPKPP Kampung Baru Cina di Parlimen Jelebu bagi tujuan penyelarasan gerak kerja dan peranan JPKPP yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tang Jayson juga merupakan tonggak pimpinan masyarakat… Read More