PKPB Selangor: Jalan masuk sempadan Daerah Jelebu-Hulu Langat ditutup

14 Oktober, JELEBU: Jalan masuk sempadan Daerah Jelebu-Hulu Langat telah ditutup sepenuhnya bermula 14 Oktober 2020. Penutupan jalan masuk sempadan daerah ini bertujuan menyekat pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB yang telah dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober. Pemakluman tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Jelebu hari ini.

Komuniti | Aktiviti Mendaki Erat Hubungan Masyarakat

Aktiviti mendaki bukit kini menjadi kegiatan sosial yang popular di kalangan masyarakat. Sebelum ini, aktiviti mendaki dilihat begitu ‘ekslusif’ yang hanya melibatkan peminat-peminat aktiviti lasak. Senario itu kini sudah berbeza. Ia menjadi aktiviti lasak yang melibatkan masyarakat bukan golongan khusus semata-mata. Selain mendekatkan masyarakat dengan keperihatinan terhadap alam sekitar ia menjadi penghubung mengeratkan pergaulan masyarakat dan organisasi. Wanita Muda Jelebu dan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Batu Sawa di Pertang, Jelebu pada 27 September 2020 lepas. Seramai 50 orang peserta pelbagai lapisan umur terlibat menjayakan aktiviti pendakian… Read More

Kunjungan Bomba Negeri, Kukuh Hubungan Bomba Sukarelawan

Bomba Sukarela merupakan sebahagian daripada unit masyarakat di ‘barisan hadapan’. Unit ini sebenarnya berperanan mengukuhkan semangat setiakawan dan muafakat masyarakat. Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan dan wakil-wakil Jabatan Bomba Negeri Sembilan bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah berkunjung ke Balai Bomba Sukarela Pertang di Pekan Pertang, Jelebu. Balai Bomba Sukarela Pertang mempunyai 21 anggota sukarelawan terlibat. Unit sukarelawan ini telah ditubuhkan lebih 20 tahun dulu yang bermatlamat memupuk semangat intergrasi antara kaum. Mereka turut meninjau kelengkapan balai bomba sukarelawan ini yang mempunyai sebuah jentera… Read More

Reformasi Tak Relevan, Pengasas PKR Jelebu Keluar Parti

Hari ini jawatan kuasa pimpinan PKR Jelebu telah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai. Pengumuman telah berlangsung di Kampung Geylang, Pertang pagi tadi. Antara yang telah keluar adalah mantan Ketua Cabang Jelebu, Mohd Sharil Zakaria yang merupakan salah seorang pengasas PKR Jelebu pada tahun 1999 dulu. “Perjuangan reformasi PKR sudah tidak relevan, jauh daripada matlamat semasa awal dulu (1999). Sekarang perjuangan individu Anwar untuk jadi PM.” tegas Sharil. Beliau bersama seorang lagi mantan Ketua Cabang Jelebu pertama iaitu Yusoff Salleh yang turut mengumum keluar parti. “Anwar tak relevan sebagai presiden kerana gagal menyatupadukan… Read More