Setahun Saifuddin Abdullah terajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

10 Mac, TEMERLOH: Hari ini, genap setahun Dato’ Saifuddin Abdullah menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Ketika ditanya mengenai cabaran setahun menerajui KKMM, beliau menjawab, “masalah capaian internet dan COVID-19 merupakan cabaran utama sepanjang saya menerajui KKMM”. Kita sudah sedia maklum, bahawa wabak COVID-19 telah mengubah norma kehidupan seluruh masyarakat dunia. Antara perubahan ketara adalah peningkatan tahap kebergantungan masyarakat kepada komunikasi digital bagi meneruskan kelangsungan hidup. “Sebagai kerajaan yang berfungsi dan prihatin, kami (kerajaan) sedar keperluan untuk menyeimbangkan antara hidup dan kelangsungan hidup”, ujar beliau lagi dalam satu sidang media selepas… Read More

Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada Selasa bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pelan yang dirangka hasil perbincangan bersama pemegang kepentingan dalam sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara (NDIL) tahun lalu itu akan menjadi platform bagi menambah baik perkhidmatan komunikasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). “Bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan pelaksanaan projek JENDELA, kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)… Read More

Jendela: Lebih banyak kawasan luar bandar dijangka nikmati akses internet

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela), yang dijangka selesai menjelang 2025, akan memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet dengan ketersambungan dan liputan digital yang lebih baik. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata menjelang 2025, rakyat di kawasan terpencil sekurang-kurangnya akan mendapat akses kepada Internet manakala mereka yang berada di luar bandar dijangka menikmati rangkaian mudah alih 4G dan akses Internet. “Impak (di kawasan berbeza) mungkin tidak sama namun poin utamanya ialah semua orang akan mendapat akses kepada Internet,” katanya… Read More

KKMM pergiat pelan JENDELA pada 2021 untuk kurangkan jurang digital – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dipergiatkan lagi pada tahun hadapan bagi mengurangkan jurang digital dan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta inklusif, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata ia akan dilakukan terutama di tempat bercapaian paling lemah seperti kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Katanya pandemik COVID-19 secara langsung mempercepatkan transformasi pendigitalan dengan penggunaan teknologi digital dan perkhidmatan Internet oleh semua lapisan masyarakat dalam semua aspek termasuk perniagaan, perkhidmatan, pendidikan, komunikasi serta hiburan. “Kerajaan juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk… Read More