Kerjasama KPKT dan negeri berjaya siap projek perumahan rakyat

19 Februari, JOHOR BAHRU: Kerjasama dan komitmen kerajaan negeri Johor bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan projek perumahan rakyat di Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru. “Dengan komitmen tinggi dari semua peringkat akhirnya projek 972 unit Rumah Mesra Rakyat SPNB Taman Seri Molek Perdana ini berjaya diselesaikan walaupun menghadapi beberapa kekangan sebelum ini. “Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama Kerajaan Negeri Johor yang banyak membantu.” jelas YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa Majlis Penyerahan Kunci dua projek perumahan di sini hari ini. Menurut Datuk Zuraida lagi, KPKT akan… Read More
Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenama semula kepada Rumah Malaysia, Menteri KPKT.

19 Februari, JOHOR BAHRU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan datang akan dijenamakan semula kepada Rumah Malaysia yang akan berukuran seluas 900 kaki persegi dan tidak boleh kurang dari itu bersama kemudahan yang lengkap, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. “Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memberi sokongan membiayai sewaan atau pembelian unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Perling, Johor untuk asnaf-asnaf.” kata beliau semasa program serahan kunci rumah PPR Taman Perling di sini pagi tadi. Menurut Datuk Zuraida lagi, polisi telah dibuat KPKT bagi… Read More
Penguat kuasa diprovokasi, tidak mulakan pertengkaran – MBJB

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan sebuah video mendakwa anggota penguat kuasanya mengasari orang ramai dan menengking seperti yang ditularkan sejak Isnin lalu. Menerusi video 25 saat itu, beberapa anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilihat bertikam lidah dengan beberapa lelaki dipercayai pemilik dan pekerja premis kenderaan di Jalan Kebun Teh sehingga dikecam netizen. MBJB dalam kenyataannya berkata, mereka sudah membuat laporan polis terhadap pemilik premis kenderaan terpakai di Jalan Kebun Teh berikutan kesalahan menghalang tugas penjawat awam selain menyebarkan video mengelirukan di laman sosial MBJB turut memaklumkan… Read More