Penguat kuasa diprovokasi, tidak mulakan pertengkaran – MBJB

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan sebuah video mendakwa anggota penguat kuasanya mengasari orang ramai dan menengking seperti yang ditularkan sejak Isnin lalu. Menerusi video 25 saat itu, beberapa anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilihat bertikam lidah dengan beberapa lelaki dipercayai pemilik dan pekerja premis kenderaan di Jalan Kebun Teh sehingga dikecam netizen. MBJB dalam kenyataannya berkata, mereka sudah membuat laporan polis terhadap pemilik premis kenderaan terpakai di Jalan Kebun Teh berikutan kesalahan menghalang tugas penjawat awam selain menyebarkan video mengelirukan di laman sosial MBJB turut memaklumkan… Read More

Majlis Perbandaran Pengerang Sahut Cabaran Bandar Pintar

Bandar Pintar merupakan antara usaha penting kerajaan mewujudkan urustadbir cekap PBT selain pembangunan kemudahan dan inisiatif-insiatif kesejahteraan rakyat. Selari dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan Bandar Pintar di Malaysia, Majlis Perbandaran Pengerang telah menyahut cabaran dan telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya adalah: 21 Smart CCTV Smart Traffic Light 20 unit Digital Bunting Smart Governance (PenggerangApps) 119 unit Smart Lighting Easy Electronic Tree Data Collection Inisiatif-inisiatif bandar pintar ini diwujudkan dan dilaksanakan bagi matlamat memantapkan tadbir urus serta memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Tapak Baru Urus Sisa Pepejal, Tingkat Kualiti Pengurusan.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah hadir ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi membincangkan hal-hal pembangunan. KPKT telah menyatakan hasrat bagi pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal yang menggunakan konsep “Waste To Energy” di Bukit Payong dan Seelong di Johor. Selain itu, satu pembinaan “Waste Park” turut akan dilaksanakan berdekatan Tanjung Langsat dengan keluasan 700 ekar. Pembinaan tapak-tapak ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. _PPI

Merungkai Yang Tersimpul

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36). Kesulitan dan kepayahan urusan yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga… Read More