Anggota Bomba Selamatkan Buaya Sesat

Ketangkasan anggota Bomba Malaysia bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia dan menanggani bencana alam, tetapi turut menyelamatkan haiwan. Ini yang terjadi di Kampung Berata, Segamat kelmarin. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, Segamat, PBK 2 Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 pagi. Beliau berkata, susulan itu, tujuh anggota bersama satu jentera dan sebuah kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat tiba di lokasi pada 4.32 pagi sebelum mendapati buaya terbabit di kawasan belukar berhampiran kediaman penduduk,” katanya. Sementara itu, penduduk… Read More

Bulan Kemerdekaan: Bendera-bendera Negeri Rekaan Kurun Ke-19

Sejarah bendera Negeri Sembilan, digunakan sejak tahun 1895 masehi. Ia merupakan bendera keempat tertua di Malaysia yang masih kekal digunakan hingga kini. Bendera-bendera negeri yang tertua masih digunakan adalah Perlis (1870), Johor (1871) & Perak (1879).

Bomba Tangkap Buaya Sesat Dalam Ladang Sawit

Kebetulan seminggu dua ini hujan turun lebat yang menyebabkan beberapa negeri berlaku banjir. Jangan terkejut segala haiwan liar pun turut sesat dan hanyut masuk dalam kawasan manusia. Seekor buaya ditemui di Kampung Linau Kecil di Batu Pahat semalam yang dipercayai tersesat dalam sebuah ladang sawit. Pihak bomba dan penyelamat Balai Penggaram menggunakan peralatan pencerut serta tali menyelamat dengan mengikat bahagian kaki hadapan dan belakang serta mulut buaya. Reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut. Sumber gambar: BH _PPI

Merungkai Yang Tersimpul

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36). Kesulitan dan kepayahan urusan yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga… Read More