PN Johor adakan mesyuarat pertama dengan fokus kebajikan rakyat

JOHOR BAHRU, 15 Jan — Perikatan Nasional (PN) Johor hari ini mengadakan mesyuarat pertama dengan memfokuskan perbincangan kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Johor. Setiausaha Badan Perhubungan PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata mesyuarat secara maya itu dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata mesyuarat itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin yang dilantik sebagai Naib Pengerusi PN Johor. Dr Sahruddin berkata Muhyiddin pada mesyuarat terbabit menegaskan kepada semua pimpinan PN Johor supaya terus fokus dalam membantu rakyat. Selain itu, Senator Nasir… Read More

Anggota Bomba Selamatkan Buaya Sesat

Ketangkasan anggota Bomba Malaysia bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia dan menanggani bencana alam, tetapi turut menyelamatkan haiwan. Ini yang terjadi di Kampung Berata, Segamat kelmarin. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, Segamat, PBK 2 Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 pagi. Beliau berkata, susulan itu, tujuh anggota bersama satu jentera dan sebuah kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat tiba di lokasi pada 4.32 pagi sebelum mendapati buaya terbabit di kawasan belukar berhampiran kediaman penduduk,” katanya. Sementara itu, penduduk… Read More

Bulan Kemerdekaan: Bendera-bendera Negeri Rekaan Kurun Ke-19

Sejarah bendera Negeri Sembilan, digunakan sejak tahun 1895 masehi. Ia merupakan bendera keempat tertua di Malaysia yang masih kekal digunakan hingga kini. Bendera-bendera negeri yang tertua masih digunakan adalah Perlis (1870), Johor (1871) & Perak (1879).

Bomba Tangkap Buaya Sesat Dalam Ladang Sawit

Kebetulan seminggu dua ini hujan turun lebat yang menyebabkan beberapa negeri berlaku banjir. Jangan terkejut segala haiwan liar pun turut sesat dan hanyut masuk dalam kawasan manusia. Seekor buaya ditemui di Kampung Linau Kecil di Batu Pahat semalam yang dipercayai tersesat dalam sebuah ladang sawit. Pihak bomba dan penyelamat Balai Penggaram menggunakan peralatan pencerut serta tali menyelamat dengan mengikat bahagian kaki hadapan dan belakang serta mulut buaya. Reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut. Sumber gambar: BH _PPI