Pegawai JPJ dipenjara, denda, kerana terima rasuah pinda rekod MySIKAP

KUANTAN, 23 Jun — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah atas dua tuduhan menerima RM850 bagi meminda rekod lesen kenderaan motor (LKM) dalam sistem portal MySIKAP, tiga tahun lepas.  Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Kamal Mohd Rosli, 39, membayar denda RM1,000 atau jika gagal, hukuman penjara ditambah dua bulan lagi. Ahmad Kamal yang bertugas sebagai pembantu tadbir di JPJ cawangan Temerloh dekat sini, didakwa menerima wang tunai yang didepositkan ke dalam akaun bank miliknya oleh seorang orang tengah sebanyak… Read More