Program Makan Malam Rai Pelantikan Ketua-ketua Kampung & Kukuh Silaturrahim

17 Disember, KUALA KLAWANG: Satu majlis makanan malam dianjurkan oleh sekreteriat ketua-ketua kampung baru di Jelebu malam tadi bagi meraikan pelantikan mereka. Program ini juga suatu usaha mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama urustadbir oleh ketua-ketua kampung baru yang dilantik. Antara pimpinan yang dijemput hadir adalah Tang Jayson, Pengerusi Penggerak Jelebu merangkap Pengerusi Pembangunan Masyarakat Cina Penggerak Negeri Sembilan. Turut hadir ialah pembantu Tan Sri Rais Yatim (Pengerusi Bersatu Jelebu) bagi masyarakat Cina, Siow Chee dan Kwok Chien Thong. PPI

Komuniti |PeKT Jelebu bergerak aktif

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Jelebu antara PeKT yang telah bergerak aktif seluruh negara. Selepas mendapat watikah pelantikan pada bulan lepas daripada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu, Tang Jayson telah memgadakan mesyuarat penyelarasan dengan ahli-ahli PeKT Jelebu pada 5 Oktober lepas. Hari yang sama juga, beliau turut mengadakan pertemuan dengan semua ketua JPKPP Kampung Baru Cina di Parlimen Jelebu bagi tujuan penyelarasan gerak kerja dan peranan JPKPP yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tang Jayson juga merupakan tonggak pimpinan masyarakat… Read More

Rencana | Minggu Sibuk Zuraida Kamaruddin Realisasi Kesejahteraan Rakyat

Mengapa disebut sebagai minggu sibuk buat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin? Sesudah melalui beberapa hari berkempen di Dun Merotai yang terletak di Daerah Tawau, Sabah, pulang sahaja ke Kuala Lumpur beliau terus bergegas ke program Hub Komuniti di Taman Murai Jaya, Melaka. Kemudian hari yang sama, Hajah Zuraida telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 ribu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menaiktaraf saliran yang menjadi punca kejadian banjir kilat. Belum reda lagi kisah pemberian surat tawaran kediaman mampu milik PPR kepada 25 artis veteran di Lembah Subang minggu sebelumnya, sekali… Read More