Kadar pengangguran turun, kedudukan tenaga buruh Malaysia pulih sedikit pada Jun

PUTRAJAYA, 7 Ogos — Kadar pengangguran pada bulan Jun 2020 menurun sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 4.9 peratus berbanding paras tertinggi 5.3 peratus yang dicatat pada Mei 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai Statistik Tenaga Buruh Malaysia setakat Jun 2020. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang mengulas mengenai laporan itu berkata kadar pengangguran berkurangan 52,900 kepada 773,200 orang, sekali gus menyaksikan kedudukan tenaga buruh Malaysia pulih sedikit susulan pelaksanaan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868159