Menteri Luar sertai Mesyuarat Menteri-menteri Dialog Kerjasama Asia ke-17 hari ini

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Dialog Kerjasama Asia (ACD) ke-17 secara maya, bermula 3 petang, hari ini. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat yang bertemakan ‘The New Normal and Safe and Healthy Tourism’ akan membincangkan pelbagai isu serantau, terutamanya berkaitan impak COVID-19 terhadap sektor pelancongan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membangunkan semula industri pelancongan. “Mesyuarat juga akan memperakukan Deklarasi Ankara bagi merealisasikan aspirasi dan komitmen negara anggota ACD untuk menjadikan Asia sebagai rantau yang maju dan berdaya tahan. “Malaysia… Read More

Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam. Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. “Pengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat… Read More