Hajah Zuraida Tunjuk Skil Gasing Pangkah

Siapa sangka YBM Hajah Zuraida Kamaruddin juga mempunyai kebolehan memangkah gasing? Sebelum ini ramai yang teruja dan terkejut pendedahan kisah Hajah Zuraida dahulu adalah seorang pemain sofball negara ketika remaja. Beliau menunjukkan skill permainan gasing pangkah di gelanggang gasing Kampung Bukit Kapar semalam. _PPI

Komuniti |Gasing Pangkah Penghubung Silaturrahim Masyarakat Kampung Bukit Kapar

Anjakan zaman kesan proses urbanisasi telah mewujudkan landskap baru dalam kehidupan masyarakat. Namun proses itu tidak memadam semangat bermasyarakat buat penduduk-penduduk Kampung Bukit Kapar dengan terus menghidupkan permainan tradisional Gasing Pangkah. Malah kesungguhan itu terbukti dengan kelangsungan Persatuan Gasing Pangkah Tradisional yang telah ditubuhkan sejak tahun 1970. YBM Hajah Zuraida Kamaruddin berkesempatan menyaksikan permainan gasing pangkah di gelanggang gasing Kampung Bukit Kapar pagi tadi. Ikhtiar dan kesungguhan Persatuan Gasing Pangkah Tradisional Kampung Bukit Kapar ini berupaya memperkasakan komuniti selain permainan tradisi ini dapat diwarisi oleh generasi baru. _PPI