Iran bertanggungjawab atas tragedi pesawat ditembak – Kanada

MONTREAL: Faktor kecuaian, tidak cekap dan mengabaikan nyawa manusia oleh Tehran didakwa merupakan antara punca insiden sebuah pesawat Boeing Ukraine menjadi mangsa tembakan peluru berpandu Iran pada tahun lalu. Perkara itu terkandung dalam satu laporan rasmi oleh pakar Kanada yang diterbitkan, semalam, meskipun tiada penemuan bukti menunjukkan kejadian berkenaan adalah serangan terancang. Laporan itu mengesahkan penyiasat forensik yang memeriksa semua bahan bukti sedia ada, tidak menemui sebarang bukti bahawa ia merupakan insiden terancang. Menteri Luar, Marc Garneau, berkata itu bagaimanapun bukan bermakna Iran terlepas daripada tanggungjawab atas kejadian berkenaan. “Mereka bertanggungjawab sepenuhnya… Read More