KASA serius tangani isu rasuah berkaitan alam sekitar

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serius dalam menyahut seruan kerajaan untuk menghapuskan rasuah terutama berkaitan aktiviti penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar di negara ini. Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Pelan Antirasuah Organisasi KASA 2021-2025 (OACP) yang dibangunkan akan menjadi panduan penting kepada warga kerja kementerian dalam usaha membasmi rasuah, juga merangkumi aspek tadbir urus, dasar dan kewangannya. “OACP KASA adalah dokumen yang merangkumi pelbagai inisiatif, indikator dan bingkai waktu yang tertentu. Saya optimis pelaksanaan inisiatif ini akan membaiki tahap integriti, tadbir urus dan amalan… Read More