Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar, beberapa individu- HAMZAH ZAINUDDIN

2 Februari 2021, PUTRAJAYA: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas Ketua Pembangkang itu kerana didakwa menghasut dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang dilaporkan menentang Pengisytiharan Darurat itu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkannya. “Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan Anwar mencadangkan… Read More

Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam. Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. “Pengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat… Read More

Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan

TAWAU, 30 Dis — Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Jan depan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. “Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan… Read More

‘Segera Tinggalkan Sabah Jika Tiada Dokumen Sah’

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu tanpa sebarang dokumen di Sabah diberi peringatan supaya pulang ke negara asal secepat mungkin. Pendatang tanpa izin (PATI) yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat. Memberi peringatan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan komited untuk merungkai masalah lambakan warga asing tanpa dokumen sah di Sabah. Hasil penelitian lanjut, katanya, isu lambakan warga asing di negeri terbabit semakin meruncing kerana masih wujud pengeluaran kad yang tiada perakuan oleh mana-mana agensi… Read More