Tutup kilang beri impak besar ekonomi : FFM

KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Tindakan menutup kilang bagi menangani pandemik Covid-19 bukanlah penyelesaian yang wajar malah akan merugikan ekonomi negara, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata semua pihak perlu memahami sumbangan industri pembuatan kepada ekonomi Malaysia selama ini. Beliau berkata, jika semua kilang terpaksa ditutup, ia akan memberi impak yang hebat kepada ekonomi dan pekerjaan. Katanya, industri pembuatan menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara dan ia terbukti melalui prestasi ekonomi negara pada suku keempat 2020, di mana pembuatan adalah satu-satunya sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif. “Malah,… Read More

Sasaran baharu ekonomi negara diketahui Ogos ini

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan disemak semula berdasarkan kepada lanjutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dan diperoleh selepas laporan suku kedua dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 13 Ogos ini. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata unjuran KDNK Malaysia akan mengambil teliti elemen pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesannya kepada ekonomi. Beliau berkata, apabila sesuatu keputusan PKP itu diambil, ia turut akan mengakibatkan risiko kehilangan pendapatan aktiviti ekonomi secara harian. Katanya, jika PKP dilaksanakan dalam tempoh waktu yang lebih lama, kehilangan pendapatan negara akan menjadi… Read More