PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma. Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat. “Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,” “Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha… Read More

Komuniti: Tabung khas prihatin & kebajikan diwujudkan PKN Port Dickson

Tanjung Agas, Port Dickson: PKN Port Dickson terus fokus meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan kepada ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas (SKTA) yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan akibat peningkatan mendadak pesakit COVID-19 khususnya di Daerah Port Dickson. Situasi ini telah mendorong PKN Port Dickson mewujudkan satu tabung khas prihatin dan kebajikan semua ahli dan anak murid melalui usahasama PIBG sekolah tersebut. Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet juga Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan berharap seluruh warga Port Dickson terus… Read More

Usahasama strategik PKN Jelebu dan NGO-NGO swasta, gerak program ‘Food Bank’.

14 Jun 2021, JELEBU: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Jelebu telah mengadakan usahasama strategik dengan beberapa NGO swasta bagi melaksanakan gerakan tabung makanan (Food Bank) di Negeri Sembilan. Usahasama tersebut telah dimulakan di Parlimen Jelebu yang kini sudah memasuki fasa keempat bermula sejak minggu lepas. NGO-NGO swasta yang terlibat secara langsung adalah PPB Group Berhad, Yayasan Food Bank Malaysia, Food Aid Foundation, Muhibbah Malaysia Food Bank Society dan Pertubuhan Permuafakatan Jelebu. “Ini adalah ‘strategic partnership’ antara PKN Jelebu dengan beberapa pihak swasta dan NGO-NGO untuk program ‘food bank’ di Negeri Sembilan. “Kami telah… Read More

Covid-19: Zuraida Kamaruddin sumbang keperluan Hospital Ampang

12 Jun 2021, AMPANG: Parlimen Ampang meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan kepada Hospital Ampang berikutan peningkatan mendadak pesakit Covid-19. Sumbangan atas inisiatif oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin itu penting untuk gerak kerja petugas barisan hadapan disamping kelancaran khidmat Hospital Ampang berkaitan Covid-19. Zuraida telah turun melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah, Ampang sebelah pagi. Beliau turut singgah ke Hospital Ampang bagi meninjau situasi semasa dan penyampaian sumbangan tersebut. Sejumlah 80 kipas, 30 penghawa dingin… Read More