PeKT laksana kebajikan tanpa sempadan.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) terus menerus menjadi ‘institusi penghubung komuniti’ seluruh negara sejak ia diwujudkan tahun lepas. PeKT Kuala Selangor antara yang giat melaksanakan tanggungjawab menjadi penghubung antara komuniti akar umbi dengan agensi-agensi kerajaan melalui program kebajikan tanpa sempadan. Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah membantu lima keluarga yang hilang dan terjejas pendapaatan akibat Covid-19. Kesan tersebut menyebabkan lima keluarga tersebut tidak mampu membiayai bayaran bil elektrik dan bil air. Atas inisiatif yang dijalankan, Shoba telah membantu membiayai pembayaran bil eletrik dan air buat keluarga-keluarga terlibat. Ini… Read More

PKN Port Dickson bantu lima beradik yatim piatu Covid-19

11 Jun 2021, PORT DICKSON: Lima adik beradik yatim piatu yang telah kehilangan ibu bapa mereka kerana Wabak Covid-19 telah menerima bantuan kewangan daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini. Ketua Wanita PKN Port Dickson, Mimi Roszainah Rose Othman telah menyampaikan bantuan kewangan sumbangan dari Rosman Jonet, Pengerusi PKN Port Dickson. Kisah sedih lima beradik ini bermula setelah keluarga ini didapati positif Covid-19. Ibu dan bapa mereka telah meninggal dunia selepas itu. Allahyarham Rodzi Tahar, 55 telah meninggal dunia pada 31 Mei lepas manakala isteri beliau Allahyarhamah Nazita Idris,… Read More

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG LAPAR

Diriwayatkan daripada Abu Zar al-Gifari r.a. katanya: “Telah bersabda Rasulullah S.A.W.: “Seorang Yahudi telah melaksanakan ibadah terhadap Allah selama enam puluh tahun di dalam gereja. Pada satu ketika hujan turun dengan lebatnya. Maka dengan sebab hujan itu tumbuhlah sekalian tumbuh-tumbuhan dengan suburnya. Melihat keadaan bumi yang subur itu maka Yahudi yang kuat beribadah tadi berniat untuk melihat keindahan alam sekitarnya yang subur makmur itu. Di dalam hatinya dia berkata: “Alangkah baiknya seandainya aku berjalan jalan melihat keindahan dan kesuburan alam sekitar, di samping itu aku tetap berzikir mengingati Allah, pastilah akan bertambah… Read More

Sumbangan derma kilat mangsa kebakaran Telok Pelandok

1 Jun 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson. Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet, kepada keluarga tersebut hasil inisiatif daripada Wanita PKN Port Dickson yang digerakkan oleh Mimi Roszainah Rose Othman melalui derma kilat di kalangan ahli PKN Port Dickson semalam. “Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. “Saya mendoakan keluarga mangsa tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT.” kata Rosman… Read More