Sumbangan derma kilat mangsa kebakaran Telok Pelandok

1 Jun 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson. Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet, kepada keluarga tersebut hasil inisiatif daripada Wanita PKN Port Dickson yang digerakkan oleh Mimi Roszainah Rose Othman melalui derma kilat di kalangan ahli PKN Port Dickson semalam. “Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. “Saya mendoakan keluarga mangsa tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT.” kata Rosman… Read More

PKN Port Dickson hulur sumbangan mangsa kebakaran di Telok Pelandok

30 Mei 2021, PORT DICKSON: PKN Port Dickson hari ini telah menyumbangkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson. Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PKN Port Dickson telah menziarahi keluarga mangsa kebakaran dan melawat di kawasan lokasi rumah terbakar di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson. Beliau turut mendapat taklimat daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Teluk Kemang. Rosman berkesempatan menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga terlibat bagi meringankan bebanan yang dihadapi. Turut hadir ke lokasi adalah Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan… Read More

Rumah setinggan musnah terbakar

KUALA SELANGOR – Sebuah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah Sasaran di sini pada Ahad. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi. Menurutnya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudian bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah setinggan kelas C musnah 100 peratus,” katanya. Beliau memberitahu, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kebakaran dapat dikawal pada… Read More

Balai bomba baru: Ali Biju suarakan hasrat rakyat

6 November, KUALA LUMPUR: Susulan daripada kejadian kebakaran di Kampung Hilir Sungai Pala, Kabong pada 2 November lepas, Ahli Parlimen Saratok YB Ali Biju telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamarudin sebelum bermulanya Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen. Semasa pertemuan selama 30 minit bersama Menteri KPKT, beliau telah menyuarakan agar pertimbangan untuk pembinaan balai bomba di Kabong diluluskan. Ia disebabkan kedudukan Balai Bomba Saratok iaitu balai bomba yang terdekat adalah sejauh 50 kilometer dan mengambil masa satu jam perjalanan untuk sampai ke Daerah Kabong. Menurut… Read More