Anggota bomba dikasari, masyarakat wajar hargai peranan bomba.

Gempar berita anggota bomba dipukul dan dikasari semasa sedang bertugas memadam kebakaran berlaku pada hari Sabtu (19 Jun 2021). Ia suatu kejadian yang jarang terjadi ke atas anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran, namun tindakan individu memukul itu tidak menghormati tugasan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Menurut laporan berita yang disiar oleh Sinar Harian (Anggota bomba diserang, didakwa lewat tiba padam kebakaran https://newswav.com/A2106_tuS0lw?s=A_iPFbkM3) kejadian ini berlaku di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak. Insiden berlaku ketika anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang… Read More

Bilik fail terbakar tiada unsur sabotaj-Ketua Polis Pahang

KUANTAN – Kebakaran melibatkan bilik fail di tingkat tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada petang Ahad tiada kaitan unsur sabotaj sebaliknya dipercayai akibat litar pintas. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menubuhkan pasukan dalaman melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pembangunan Logistik untuk menyiasat lebih terperinci terhadap kejadian itu. “Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian bagi mengelak timbulnya persepsi negatif. “Berdasarkan laporan awal pihak bomba, kebakaran mungkin berpunca akibat litar pintas. Pihak kami sedang menunggu hasil siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian,” katanya… Read More