Rencana: Hukuman Salang-hukuman bunuh gaya Nusantara.

Orang-orang Melayu masa lampau memiliki kaedah hukuman mati yang khas, disebut Hukuman Salang. Orang dijatuhi hukuman ini akan ditikam tepat dicelah tulang selangka yang kemudian tikaman diteruskan hingga mengenai jantung. Senjata yang digunakan biasanya lembing, tombak ataupun keris. Istimewanya keris khusus ini disebut dengan nama Keris Salang atau Keris Bahari (Keris Alang di Pahang). Keris ini pemberian Sultan pada orang yang diangkat sebagai pelaksana hukuman yang disebut Penyalang. Keris maupun tombak yang telah ditikamkan ke jantung terhukum kemudian dicabut dan luka tikaman akan diseka dengan kain ataupun kapas. Kesan hukuman ini menyebabkan… Read More

Fungsi Kawali dalam masyarakat Bugis

Kawali adalah sebutan Bugis bagi senjata tangan yang dipanggil sebagai badik oleh masyarakat Melayu. Ia adalah senjata wajib ‘dimiliki’ oleh masyarakat Bugis sebagai lambang identiti. Merujuk kepada catatan ‘Fungsi Kawali dalam masyarakat Bugis’ berdasarkan Jurnal Pakarena Volume 4 No.1 (2019), Indonesia; 1. Pertama Fungsi Teknomik (Senjata Tikam) “Assigajangeng”. Kawali dengan fungsi sebagai senjata biasanya tidak mementingkan keindahan pamor, kerana adanya kepercayaan masyarakat bahawa tidak ada pamor yang membunuh “degaga pamoro pawunu”, bahkan terdapat tuturan masyarakat di Bone mengatakan bahawa “nappemmaliangngi to-bone we pake luwu”, ertinya bagi orang Bone pemali mengunakan kawali luwu…. Read More

Badik Bugis asas evolusi senjata tangan tradisional Tanah Melayu dan Sumatera

Pengaruh Bugis bukan sekadar dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu tetapi turut mempengaruhi evolusi senjata tangan Melayu di Tanah Melayu dan Sumatera. Ini penulisan umum menerangkan secara ringkas beberapa senjata Melayu dari Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Beberapa senjata tangan Melayu seperti Badik Lampung, Sewar, Badik Rembau, Badik Kedah dan Golok Perak adalah antara senjata yang terhasil daripada evolusi Badik Luwu. Secara umum, badik luwu berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia antara senjata tangan yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebenarnya ada beberapa jenis badik yang mengikut wilayah di sana. Ia dibezakan melalui bentuk bilah dan hulu…. Read More