Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat

6 Jun 2021, ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu. “Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini. Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan… Read More

Syarikat konglomerat Abu Dhabi bangunkan projek di Langkawi

30 Mac, KUALA LUMPUR: Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Widad Business Group (WBG) dan Bin Zayed Group (BZG), syarikat konglomerat berpengkalan di Abu Dhabi untuk projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi. Majlis tersebut telah disaksikan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor. Nilai anggaran pembangunan kasar (GDV) projek adalah RM40 bilion bagi membangunkan tanah seluas 1,979 ekar. Pembangunan projek ini dijangka dapat menjana 15,000 peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada 1,000 usahawan… Read More

Liga Super Malaysia mula aksi Piala Sumbangsih 5 Mac

Setelah ditangguhkan akibat pelaksanaan PKP 2.0, kerajaan telah membenarkan aktiviti sukan bola sepak berlangsung. Liga Super Malaysia bakal bermula pada 5 Mac 2021 (Jumaat) dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah Darul Aman FC. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui TV1 RTM jam 8:30 malam esok. Pertemuan perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Badik & Tumbuk Lada tradisional sebagai identiti negeri Melayu

Apabila topik senjata tangan Melayu dibicarakan, keris menjadi sebutan paling popular. Namun sebenarnya terdapat beberapa senjata tangan Melayu yang wujud mengikut negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia dulukala sinonim dengan gelaran Tanah Melayu. Negeri Kedah mempunyai senjata tangan Melayu yang dinamai sebagai Badik Kedah. Ciri-ciri khusus badik ini ialah bentuk bilah yang lurus dan nipis tetapi besi yang kuat. Walaupun ia ‘cross over’ daripada rekabentuk Badik Bugis Luwu namun ia dibezakan dengan bentuk hulu yang tidak bertemin (cincin atau pendokok) yang memisahkan bahagian pangkal hulu dan bilah. Kelantan juga negeri yang paling banyak menghasilkan… Read More