Setiausaha PKR Kampar Keluar Parti

IPOH – Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan menarik sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa hari ini. Menurutnya, keputusan tersebut diambil kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya sebelum ini seterusnya menjadi seorang yang bebas daripada politik. “Saya umumkan secara rasmi keputusan untuk keluar PKR setelah merasakan parti itu telah gagal memberi manfaat yang sewajarnya kepada rakyat pada waktu ini. “Saya akan terus berbakti kepada rakyat melalui NGO yang… Read More

Adun PKR Sungai Acheh sertai PN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang ternyata kecewa dengan PKR bakal menyertai parti gabungan Perikatan Nasional (PN). Katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri atau membuat rayuan dan terkejut menerima surat pemecatan bertarikh 1 Julai kerana tiada alasan dinyatakan berhubung tindakan tersebut terhadapnya. Menurutnya, setakat ini beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik, namun akan berbuat demikian dalam masa terdekat. “Dalam masa terdekat ini saya akan memilih PN kerana ada Umno, PAS, PPBM dan saya akan menyerah borang permohonan rasmi menyertai parti dalam PN di Kuala… Read More

Reformasi Tak Relevan, Pengasas PKR Jelebu Keluar Parti

Hari ini jawatan kuasa pimpinan PKR Jelebu telah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai. Pengumuman telah berlangsung di Kampung Geylang, Pertang pagi tadi. Antara yang telah keluar adalah mantan Ketua Cabang Jelebu, Mohd Sharil Zakaria yang merupakan salah seorang pengasas PKR Jelebu pada tahun 1999 dulu. “Perjuangan reformasi PKR sudah tidak relevan, jauh daripada matlamat semasa awal dulu (1999). Sekarang perjuangan individu Anwar untuk jadi PM.” tegas Sharil. Beliau bersama seorang lagi mantan Ketua Cabang Jelebu pertama iaitu Yusoff Salleh yang turut mengumum keluar parti. “Anwar tak relevan sebagai presiden kerana gagal menyatupadukan… Read More

25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar

PETALING JAYA: 25 ahli jawatankuasa (AJK) PKR bahagian Saratok, Sarawak, hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. 25 AJK berkenaan berkata, PKR pada masa ini seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan hanya berusaha untuk memenuhi impian peribadi Anwar untuk menjawat tugas sebagai perdana menteri. “Kami berasa kecewa kerana parti seolah-olah lebih mementingkan impian peribadi presiden untuk menjawat jawatan perdana menteri, bukannya untuk memperjuangkan agenda reformasi seperti yang sentiasa dilaung-laungkan selama ini. “Jauh di sudut hati, kami bertanya, adakah agenda reformasi… Read More