Pemandu treler insiden jejantas MMR2 runtuh positif dadah, kata polis

4 Mac, KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang menyebabkan runtuhan sebahagian struktur jejantas dalam pembinaan di Lebuhraya Bertingkat Sungau Besi Ulu-Kelang (SUKE) hingga dua individu maut dikesan positif dadah jenis syabu, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Zulkefly Yahya. Zulkefly berkata, pemandu terbabit yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala 3 mangsa lain kini dirawat di hospital. “Hasil saringan ujian awal urin di IPD Dang Wangi mendapati pemandu treler positif dadah jenis metamfetamin. “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu treler… Read More

Dua mangsa terperangkap dalam insiden jejambat runtuh maut di tempat kejadian – Polis

3 Mac, KUALA LUMPUR: Dua daripada lima mangsa yang terperangkap di dalam van yang dihempap runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang Rabu, maut di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja kilang wanita. Tambahnya, kesemua lima mangsa adalah warga tempatan. Dilaporkan, van tersebut membawa pekerja kilang dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku. Zulkefly menambah, insiden itu berpunca daripada treler yang membawa muatan berat melanggar sebahagian struktur binaan… Read More

Kemalangan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat

AMPANG – Dua lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Mawar di Taman Muda di sini Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, seorang lelaki berusia 62 tahun memandu Toyota Camry dari arah Jalan Bunga Raya dipercayai hilang kawalan ketika hendak membelok ke kiri. “Kereta itu kemudian melanggar tiga kenderaan lain iaitu sebuah motosikal Honda Wave, BMW dan lori jenis Hino yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah,”… Read More

Dua maut kereta terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang yang memaklumkan insiden itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum… Read More