Polis tahan pemandu dalam video tular insiden langgar lari

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal bersama pembonceng di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.  Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata  video kemalangan itu tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen. Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung maklumat video tular itu dan menahan suspek pada┬ákira-kira 6.51 petang. BERNAMA

#VideoViral |Penunggang Motosikal Cedera, Dilanggar Kereta Di Lorong Kecemasan

31 Ogos, Lebuhraya Karak: Masuk lorong kecemasan secara mengejut. Akibatnya penunggang motosikal cedera selepas gagal elak kereta yang tiba tiba masuk ke laluan kecemasan untuk elak dari kesesakan. Kejadian berlaku di Lebuhraya Karak-KL menghala Plaza Tol Gombak, 3 petang tadi. Kredit Video : Rassid

Dua selamat, kereta terbakar dalam kemalangan

Dua lelaki berjaya dikeluarkan orang awam daripada dua buah kereta sebelum sebuah daripadanya terbakar akibat kemalangan berhampiran Jalan Kodiang, Kampung Putat, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, kedua-dua lelaki berusia 60-an yang masing-masing memandu kereta Proton Iswara dan Proton Satria cedera di kepala dan kaki. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 pagi. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)… Read More

Setiap Nyawa Berharga, Sayangi Diri & Keluarga

Sentiasa menyampaikan nasihat dan berpesan-pesan tentang kebaikan adalah antara saranan kesejahteraan hidup yang diterapkan dalam ajaran Islam. Maka kita boleh lihat betapa gigih dan perihatin YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menyampaikan nasihat supaya setiap masyarakat menghargai nyawa dan menyayangi keluarga, khusus dalam isu kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk. Setiap orang ada insan yang disayangi, dikasihi dan dicintai. Hal ini yang harus menjadi keutamaan tiap pemandu. Jangan sesekali memandu ketika mabuk. Padah akibat kecuaian pemandu mabuk seringkali mengakibatkan kematian atau kedukaan kepada orang lain. Ini yang mahu dielakkan.Ingatan penting daripada YBM Hajah Zuraida…. Read More