Hajah Zuraida Kamaruddin rakam ucapan takziah keluarga kemalangan Feri Triso

2 Januari, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan beranak yang lemas dalam insiden melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso, Sarawak semalam. “Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.” kata beliau melalui kenyataan rasmi hari ini. “Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib, bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti keselamatan akan dipertingkatkan.” Tegas Hajah Zuraida. “Marilah kita mendoakan… Read More

Dua maut kemalangan di Sungkai

IPOH, 18 Okt — Dua maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai kira-kira 90 kilometer dari sini, pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, kedua-duanya beralamat di Rumah Awam 2, Jalan Ketoyong, Tanjung Malim. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891129

Video | Wanita terselamat kereta remuk dihempap batu konkrit

Viral semalam kejadian mengejutkan apabila blok batu konkrit pembinaan lebuhraya SUKE jatuh menghempap sebuah kereta. Mangsa kemalangan seorang wanita terselamat walaupun kereta beliau remuk teruk dihempap blok batu konkrit tersebut. Kejadian berlaku di lebuhraya MRR2 di Bandar Tasik Selatan.

Berita Ringkas | Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren

PETALING JAYA, 20 Sept — Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya. BERNAMA