PEMBAYARAN FASA 2 BPR MULAI 7 MEI 2021

4 Mei 2021, PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan telah memaklumkan pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Fasa 2 bermula pada 7 Mei ini. Pemakluman ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz melalui laman rasmi FB beliau. ✅Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021, melibatkan peruntukan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta penerima. ✅Peruntukan ditambahbaik: kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150) ✅Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai… Read More

Sukuk global pertama Malaysia catat lebihan langgan, cerminan keyakinan kukuh dasar ekonomi negara

✅ Sukuk global pertama Malaysia sejak 2016 terlebih langgan sebanyak 6.4 kali, mencerminkan keyakinan terhadap polisi dan asas ekonomi yang kukuh. ✅ Berikutan permintaan menggalakkan, Kerajaan tingkatkan saiz terbitan asal daripada USD1.0 bilion kepada USD1.3 bilion. ✅ 91.5% pelabur Sukuk 10 dan 30 tahun ini merupakan pelabur asing. ✅ Permintaan tinggi ini juga memberikan kadar hasil dan spread terendah bagi terbitan sukuk USD oleh Malaysia, mencerminkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berhadapan cabaran getir akibat pandemik COVID-19. ✅ Harga sukuk 10-tahun ditetapkan pada 2.070% [T +… Read More

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA, 19 Jan — Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19. “Seperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik baginda,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian pada… Read More

Suntikan bantuan kerajaan beri manfaat 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan

PUTRAJAYA, 19 Jan — Sebanyak 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan mendapat manfaat daripada pakej bantuan kerajaan yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan itu membabitkan suntikan kewangan sebanyak RM182 bilion. Semenjak bermulanya penularan wabak COVID-19 awal tahun lepas, kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membantu rakyat serta perniagaan dan melindungi ekonomi negara. “Jika perlu, kerajaan akan terus membantu seperti yang terbukti sebelum ini,”… Read More