JAKIM persiap 160 pegawai untuk tangani kes kemurungan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mempersiap 160 pegawai mereka di hospital di seluruh negara dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan “ilaj syarie” (rawatan Islam), untuk menangani kes kemurungan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, khidmat pegawai-pegawai ini akan turut diperluas ke agensi-agensi Kementerian Kesihatan (KKM). Kata beliau dalam catatan di Facebook, perkhidmatan berkenaan disediakan “bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat (wabak) Covid-19 dan permasalahan yang lain”. “Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta… Read More