Rugi RM23,400 kerana teruja beli ‘telefon pintar’ murah

Kota Bharu: Teruja mahu mendapatkan telefon pintar iPhone yang ditawarkan pada harga murah, seorang remaja lelaki kerugian RM23,400 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan. Mangsa berusia 18 tahun sebelum itu melayari Instagram pada 13 Jun lalu dan tertarik dengan iklan jualan telefon pintar di negara jiran pada harga RM200 seunit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, suspek memberi jaminan wang akan dipulangkan jika produk adalah barangan tiruan menyebabkan mangsa tertarik untuk membuat pembelian dua unit telefon pintar berkenaan. “Mangsa kemudian menghubungi suspek yang menggunakan talian negara jiran sebelum… Read More