Sejarah jalan keretapi pertama di NS, Seremban-Port Dickson

Selepas berlaku Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong pada tahun 1880, Lukut telah menjadi sebahagian daripada wilayah Sungai Ujong. Wilayah Lukut pada masa itu melebar dari Sungai Sepang hingga ke kawasan Sungai Raya bersebelahan Linggi. Manakala wilayah Linggi sudah memang berada dalam Luak Sungai Ujong. British telah membangunkan kawasan pelabuhan baharu pada tahun 1885 di sebuah tempat disebut Tanjung bagi eksport bijih timah yang dilombong di sekitar Lukut. Perkembangan perlombongan bijih timah di Sungai Ujong khususnya di Seremban telah menyebabkan wujud cadangan membina landasan keretapi yang menghubungkan Seremban dan pelabuhan baharu di Lukut. Pelabuhan… Read More