Ahli Parlimen BN kekal sokongan kepada Muhyiddin dan PN

8 Julai 2021: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sepakat untuk kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pendirian tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa Ahli-Ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021. Keutamaan Ahli-Ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan… Read More

Tiada Akuan Bersumpah, Muhyiddin Kekal PM

8 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi mempunyai sokongan dan kepercayaan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen selagi perkara itu masih tiada bukti yang kukuh. Justeru, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata UMNO perlu mendapatkan akuan bersumpah (SD) dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “UMNO yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau berundur, perlu mendapatkan SD dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “Akuan bersumpah tersebut perlu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu… Read More

Ahli Parlimen PNBBC tidak letak jawatan, kekal sokong Muhyiddin

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan dan kekal setia menyokong pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Pengerusi PNBBC itu menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam sebagai mengelirukan dan tidak masuk akal apabila menggesa PM berundur tetapi pada masa sama mahu Menteri… Read More

UMNO Bakri gesa MKT gantung sementara tugas presiden

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Bakri hari ini menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menggantung tugas presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketuanya, Mohd Fuad Tukirin berkata, mesyuarat yang dijadual malam ini merupakan platform terbaik untuk MKT meneliti semula beberapa tindakan Ahmad Zahid kepada parti itu. “Ini memerlukan jiwa besar MKT untuk memperbaiki UMNO kepada landasan sebelum ini. “Presiden perlu digantung sementara tugasnya supaya MT menilai semula perkara-perkara yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. MalaysiaGazette semalam melaporan MKT akan mengadakan mesyuarat secara maya malam… Read More