“Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya” – Sumber MKT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya. Menurut sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin. “Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD)… Read More