Pakej bantuan ekonomi lebih besar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi tidak lama lagi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), berkata pakej berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.null “Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar, ia tidak lama lagi.null “Saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),… Read More

Umno desak PRU15 disegerakan tetapi takut adakan pemilihan parti!

Umno kini boleh diumpamakan hangat-hangat taik ayam dan bagai anjing menyalak bukit. Nak tergelak apabila mengimbas kata-kata Tok Mat Hasan, Timbalan Presiden Umno yang mahu Umno menjadi ‘induk’ dan bukan lagi anak ayam! Bergegar siling PWTC dengan suara-suara lantang bernada gebang gempar tak jadi pemuka-pemuka Umno, menolak Bersatu dan Perikatan Nasional. Jangan lupa mereka juga mendesak supaya PRU15 segera diadakan. Atas sebab itu, Zahid Hamidi menggesa pembubaran parlimen dan meminta semua MP Umno dalam kerajaan meletakkan jawatan segera bagi mengadakan pilihanraya umum. Tak sampai dua hari selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno (PAU)… Read More

Pemilihan Umno sebelum pilihan raya boleh cetus keretakan parti, kata Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Kontroversi Neelofa lonjak rating!

Kontroversi dan gosip memang menjadi aspek utama segelintir artis mempopularkan diri dan rating. Walaupun dalam politik kaedah ini ada digunakan, namun bab membawang akan tertumpu kepada gosip artis. MAZ nak kongsi beberapa pandangan. Dua isu hangat akhir tahun yang masih diperkatakan oleh netizen membawang semalaysia adalah kontroversi Neelofa putus tunang dan Khairy Jamaludin jatuh basikal. Neelofa seorang ‘business woman’ manakala Khairy adalah seorang politikus taraf MP dan Menteri. Kedua-dua kejadian yang menimpa mereka menjadi ‘aset berharga’ melonjakkan rating dalam ruang maya. Lihat sahaja kisah Neelofa dan Khairy mendapat perhatian meluas dalam media… Read More