Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bagi menerima menghadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 15 Jun 2020. Menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office, pertemuan itu dikatakan berlangsung di Istana Bukit Kayangan selama kira-kira satu jam. Difahamkan, Abdul Khalid memohon menghadap Sultan Selangor bagi beramah mesra bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan baru-baru ini. Selain itu, perjumpaan berkenaan juga dikatakan menjadi wadah bagi Sultan Selangor dan Khalid untuk bertukar pandangan serta buah fikiran. Sebelum ini, Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan… Read More