Dua kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat, kata KKM

Kementerian kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara. Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan. Dua kit berkenaan dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea. Kit Salixium Covid-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test) saliva… Read More