JPSPN YANG TIDAK ADA MASA UNTUK GERAM

Oleh: Ahmad Roi Bersandarkan pada statistik, purata orang Malaysia handal membuat sampah. Data SWCorp menunjukkan rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu. Lebih malang, statistik juga menunjukkan orang Malaysia malas mengasing atau menguruskan sampah bagi tujuan kitar semula sampah yang dihasilkan. Pada 2018, hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat melaksanakan pengasingan sisa pepejal premis masing-masing meskipun sudah tiga tahun peraturan itu dikuatkuasakan. Ini bermakna penghuni di 1,125,000 premis bertingkat masih liat menjadikan pengasingan sampah sebagai amalan. Tentu kita geram… Read More

Kitar Semula elak pencemaran saliran & sungai

Membudayakan amalan kebersihan sebagai suatu cara hidup adalah cabaran besar dalam suasana komuniti di negara ini yang tak menyeluruh peka terhadap alam sekitar. Inilah antara sembilan sasaran utama Dasar Kebersihan Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih menjelang tahun 2030 akan datang. Mengubah cara berfikir untuk membentuk sikap positif bukan mudah tetapi boleh dilaksanakan melalui disiplin masyarakat. Jangan terkejut sikap dan mentaliti seperti setinggan sebenarnya wujud dalam kelompok komuniti M40 dan T20. Kerap kali mentaliti gaya setinggan yang mengabaikan aspek kebersihan persekitaran, diri dan tempat tinggal dicontohkan kepada golongan B40 dan merempat…. Read More

Usahasama strategik SWCorp dan NGO PKN didik masyarakat aspek kebersihan

AMPANG: Gerak kerja ke peringkat akar umbi mengenai Dasar Kebersihan Negara telah mulai dilaksanakan melalui usahasama oleh SWCorp dan NGO Penggerak Komuniti Negara. Selepas MoU antara SWCorp dan Penggerak Komuniti Negara ditandatangani pada 23 Mac lalu, usahama melalui program dan kempen mengenai aspek kebersihan persekitaran telah dimulakan di Selangor. Program-program kitar semula dan ‘Trash to Cash’ yang diilhamkan oleh Swcorp kini menjadi sebahagian gerakan utama NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara khusus di Selangor. Penglibatan usahasama NGO Penggerak Komuniti Negara ini berperanan mendidik dan memperkasa komuniti dalam kempen kebersihan yang bermatlamat menjadikan… Read More

Sampah pun boleh jadi duit!

Selain daripada air dan udara, benda yang akan sentiasa ada dan akan terus bertambah adalah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh manusia. Masyarakat akan sinonim memanggilnya sebagai sampah sarap, barang lusuh atau barangan pakai-buang. Semakin bertambah jumlah manusia dan berkembang petempatan, maka sisa buangan pepejal juga turut seiring meningkat. Memang akan pihak yang diberi tanggungjawab dan tugas khusus untuk mengurus selia sisa buangan pepejal ini. Kalau di negara ini, ada dua agensi di bawah KPKT yang terbabit iaitu Southern Waste Corporation (SWCorp) dan Alam Flora. Ada juga agensi lain seperti KDEB di… Read More