Bakti Sosial

Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan. Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial. Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan. Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan. Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu… Read More

‘Berhenti jadi pengecut, beri gambaran Dr M musuh lebih besar dari PN’

Pemimpin Amanah itu berkata demikian sebagai membidas setiausaha politik Anwar yang menyifatkan DAP dan Amanah tidak berdiri di belakang presiden PKR itu dalam soal calon PM. Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini mengecam setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mempersoalkan kesetiaan Amanah dan DAP terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim. Semalam, Farhash membidas DAP dan Amanah yang disifatkannya sebagai tidak berdiri di belakang Anwar dalam soal calon perdana menteri. Khalid bagaimanapun berkata, sebagai pemimpin muda, Farhash seharusnya berhenti bertindak seperti “pengecut” dan menggambarkan Mahathir sebagai musuh lebih besar… Read More

PEKERJA PEMBERSIHAN HERO MASYARAKAT

Setiap bencana pasti ada rahmat di sebaliknya. Wabak Covid-19 yang melanda negara telah mencetuskan keperihatinan tiap warganegara. Warga barisan hadapan dihargai masyarakat sebagai perisai terkedepan menghadapi dan menanggani wabak. Namun penghargaan bermakna tidak dilupai kepada warga pekerja kutipan sisa pepejal. Mereka ini setiap hari akan melaksanakan tugas pembersihan dan menguruskan sisa buangan harian. Warga pekerja kutipan sisa buangan ini meletakkan diri kepada risiko kesihatan dan keselamatan diri demi melaksanakan tanggungjawab tugasan dan amanah yang mungkin tak terbuat oleh sebahagian besar masyarakat. YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mengangkat peranan warga pekerja kutipan sisa buangan… Read More

Sakit mata lihat sampah sana sini

Seorang remaja meraikan ulang tahun kelahiran dengan cara berbeza apabila melakukan kerja amal mengutip sampah di tepi jalan sekitar Bangi dan beberapa lokasi lain.Hazmi Nabil Mahmad Faisal, menyambut kelahiran pada 23 Mei lalu sempena usia 18 tahun dan dia memperuntukkan selama 23 hari untuk mengutip sampah di tiga lokasi bermula di Bangi, Kajang dan akan datang di Balakong sehingga 15 Jun.”Saya memang pantang melihat sampah dibuang merata-rata, sakit mata lihat sampah sana sini. Jadi tahun ini, saya sambut hari lahir dengan cara berbeza, menyumbang tenaga memelihara alam semula jadi selain menabur bakti… Read More