Jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia terus menunjukkan trend penurunan jangkitan Covid-19 dengan mencatat 1,683 kes baru hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 313,460. Selain itu, sebanyak 2,506 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 291,958 kes. Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 746 kes diikuti Sarawak (201), Johor (158). Putrajaya mencatat kes paling rendah hari ini dengan 2 kes baru. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 20,333. Daripada jumlah itu 174 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 84 memerlukan bantuan alat pernafasan. Malaysia turut mencatatkan 3… Read More

Tangkap, kompaun RM10,000 jika langgar SOP kawalan COVID-19

KUALA LUMPUR: Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000. Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama, pula boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000. Ketika ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu, hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000. Kadar kompaun baharu itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac ini, mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini. Semua perbuatan menyalahi Ordinan Darurat kini boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan… Read More

Kes positif harian catat bawah 2K, kadar sembuh melebihi kes positif

25 Februari, PUTRAJAYA: Laporan harian Covid-19 harian telah mencatatkan angka kes positif baharu bawah daripada angka dua ribu sejak kes mencatat angka melebihi tiga ribu sejak dua bulan lalu. Laporan harian 25 Februari telah mencatat 1,924 kes positif, manakala kes sembuh adalah 3,752 kes (89.81%). Selangor masih mendahului senarai kes positif tertinggi iaitu 666 kes diikuti Johor dengan 257 kes, Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218). Negeri-negeri yang mencatat jumlah kes positif harian bawah 200 kes adalah Pulau Pinang (162) dan Perak (120). Negeri-negeri yang mencatat kes positif dua angka adalah Sabah… Read More

PM lancar Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.

24 Februari, PUTRAJAYA: YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksinasi Menerusi MySejahtera pada hari ini jam 2.30 petang. Program ini adalah langkah utama kerajaan menanggani wabak Covid-19 skala besar yang bakal melibatkan beberapa fasa. Beliau juga akan menerima suntikan vaksin bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah.