Parlimen Australia lulus usahasama penerbitan filem antara dua kerajaan Malaysia-Australia

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem (Co-Production) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia telah berkuatkuasa bermula bulan Julai 2021, menurut petikan kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini. Menurut Saifuddin, perjanjian usaha sama ini merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu agensi di bawah KKMM. Ia merupakan antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat… Read More

MALAYSIA SEPULUH NEGARA TERATAS DUNIAGLOBAL CYBERSECURITY INDEX 2020

30 Jun 2021, PUTRAJAYA: Malaysia mendapat pengiktirafan dengan menempa nama di antara 10 negara teratas yang mempunyai komitmen tinggi dalam bidang keselamatan siber menerusi laporan Global Cybersecurity Index 2020, hasil daripada kajian yang dilaksanakan oleh International Telecommunications Union (ITU) di 194 negara seluruh dunia, menurut kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Saifuddin Abdullah. Menurut Saifuddin, Malaysia beroleh skor sebanyak 98.06 dan sekaligus meletakkan negara pada kedudukan kelima bersama Rusia dan Emiriah Arab Bersatu di peringkat global manakala di peringkat Asia Pasifik. Malaysia berada pada kedudukan kedua selepas Republik Korea dan… Read More

‘Dapat dana tetapi tiada filem’ Rencana BH bersama Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid

PM lancar inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’

19 April, PUTRAJAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan ekonomi digital inklusif melalui inisiatif Bersama Malaysia dalam lima tahun akan datang. Di bawah inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, syarikat Microsoft akan melaburkan sekurang-kurangnya RM 4 bilion dalam 5 tahun bagi menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia disamping membantu memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital pada akhir tahun 2023. Melalui penubuhan pusat data serantau dan kerjasama strategik antara Microsoft bersama agensi dan pemain industri di Malaysia, inisiatif ini dijangka bakal… Read More