Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan – Saifuddin

KUANTAN: Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen, selain menyifatkan mesyuarat penubuhan Perikatan Nasional (PN) negeri juga sebahagian ke arah itu. Mesyuarat penubuhan PN Pahang yang berlangsung di sini malam tadi, turut memilih Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebagai pengerusi…. Read More

Saifuddin syor berpolitik dengan tatacara komunikasi ummah

Kuantan, 22 Mac- Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengesyorkan supaya amalan berpolitik masa kini dilakukan dengan menggunakan komunikasi yang sesuai demi kepentingan serta kemaslahatan ummah dan bukannya melalui cara membuka aib, mengutuk atau memaki hamun mereka yang berbeza pendapat. “Kalau kita hendak mengkritik, itu adalah amalan biasa dalam politik. Namun mengkritik bukan bermaksud kita boleh mengutuk. Ada perbezaannya di situ dan bagaimana ia boleh dilakukan adalah bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing. “Tetapi tentu lebih baik sekiranya kita menyampaikan pandangan atau pendapat politik yang menjurus kepada kestabilan, penyatuan dan keharmonian, jelas… Read More

Alkisah segerombolan pengkritik Akta Berita Palsu

Oleh: Ahmad Roi Paling tak ‘syok’ jadi kerajaan ialah sebagus mana pun tetap akan dikritik, apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi. Baru-baru ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikritik lagi. Kali ini dari sekumpulan pejuang hak kebebasan bersuara. Sebagai fighter hak asasi macam Mandela, Gandhi atau Nawal Saadawi, gerombolan pejuang ini tak puas hati apabila kerajaan memperkenalkan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021. Ordinan ini memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali kepada penyebar berita tidak benar. “Berita palsu harus ditangani dengan fakta, bukan… Read More

Menteri KKMM lancar E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota

13 Mac, KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pagi ini telah melancarkan program E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota. Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan. E-Tuisyen merupakan suatu inisiatif kelas pembelajaran tuisyen secara maya seiring dengan norma baru melalui usahasama Pejabat Parlimen Indera Mahkota dan MSD Innovation Sdn Bhd. Saifuddin berinteraksi dengan pelajar-pelajar E-Tuisyen secara maya langsung dari pentas pelancaran hari ini. Beliau turut menyampaikan watikah kepada guru-guru E-Tuisyen. Turut hadir ke majlis pelancaran ini adalah Pengerusi MSD Innovation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Halim Shafie. _PPI