COVID-19: Malaysia sudah laksana penjujukan genom – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 22 Okt — Penjujukan genom virus COVID-19 membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah pun menjalankan jujukan genome tetapi bukan pada semua kes dikesan positif namun bergantung kepada kluster. “Daripada awal lagi kita telah laksanakan, contohnya perhimpunan Sri Petaling didapati ada 692 jemaah dari Indonesia. Ketika itu andaian kita jangkitan itu mungkin datang dari Indonesia tetapi apabila kita melaksanakan genomic sequencing kita dapati sekarang jangkitan itu daripada strain Indonesia. “Jadi kita tahu pada permulaan… Read More