Ingkar PKP: 199 individu dikompaun, 10 direman

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 210 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah berkenaan seramai 199 individu dikenakan kompaun, 10 direman manakala seorang diikat jamin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP berkenaan termasuklah aktiviti pub dan kelab malam yang membabitkan 72 individu dan aktiviti tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu 138 orang. “Operasi pematuhan yang dilaksanakan semalam turut membuat 66,463 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Sebanyak 4,230 pasar raya, 5,883 restoran… Read More

46 Individu Kena Kompaun, Berkumpul Di Kedai Makan

ALOR SETAR: Seramai 46 pelanggan kedai makan di Tebengau di sini, semalam, ditahan polis selepas mereka didapati ingkar serta tidak patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam pemeriksaan pada jam 5 petang itu, pelanggan didapati berkumpul di dalam pondok kedai dalam jumlah terlalu ramai tanpa mengamalkan penjarakan sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata kedai makan itu juga didapati gagal menyediakan penyukat suhu badan dan mengambil butir pelanggan. Katanya, berikutan itu kesemua pelanggan berusia antara 19 hingga 67 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)… Read More