Projek Komuniti Hub, suatu inisiatif prihatin masyarakat

Projek Komuniti Hab merupakan satu “Ruang Sosial Generasi Baharu” bagi memperkasakan komuniti yang sejahtera dalam mencapai Agenda Mampan 2030 selaras dengan Dasar Komuniti Negara. Kewujudan projek ini dapat membantu kerajaan danswasta berkolabarasi dalam menangani isu-isu komunitisetempat melalui program kemasyarakatan dan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. Projek Komuniti Hub memberi tumpuan khusus tiga kumpulan masyarakat iaitu miskin bandar, asnaf dan komuniti B40. Projek Komuniti Hub ini berperanan menangani kehidupan kian mencabar golongan tersebut dengan kaedah memberdaya komuniti dengan pelbagai aktiviti, mengenal pasti aktiviti ekonomi yang bersesuaian, pengenalan kemahiran berfokus dan membantu menyampaikan… Read More

Perkukuh Masyarakat Melalui Komuniti Hub

Perkembangan urbanisasi atau perbandaran baru di bandar-bandar utama seluruh negara telah turut mewujudkan kelompok baru masyarakat bandar yang kebanyakan terdiri daripada golongan B40. Seiring dengan matlamat memperkasakan hubungan, interaksi dan pergaulan antara masyarakat bandar, Komuniti Hub telah diwujudkan bagi mengeratkan interaksi sosial dalam kalangan kejiranan. Inisiatif itu adalah landasan untuk golongan B40 membina komuniti sihat selaras dengan Dasar Komuniti Negara dan Agenda Mampan. Walaupun masyarakat bandar kian membesar jumlahnya, namun aspek kesejahteraan masyarakat tetap menjadi keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Dasar Komuniti Negara. Suasana sihat sosio-masyarakat yang mendokong semangat kejiranan… Read More