‘Trash To Cash’ jana pendapatan tambahan komuniti

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui menterinya, YB Zuraida Kamaruddin akan terus memperkasakan amalan kebersihan menerusi amalan kitar semula dalam masyarakat di komuniti bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap sampah harian mereka. Program Trash To Cash yang digerakkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mula dilaksanakan pada tahun 2019 dengan memberi fokus kepada kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Negara. Trash To Cash bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa sampah atau barangan terpakai boleh dikitar semula dan ditukar menjadi wang tunai. Sampah yang dikitar semula mampu menjadi sumber pendapatan tambahan sekali gus… Read More

Komuniti | Aktiviti Mendaki Erat Hubungan Masyarakat

Aktiviti mendaki bukit kini menjadi kegiatan sosial yang popular di kalangan masyarakat. Sebelum ini, aktiviti mendaki dilihat begitu ‘ekslusif’ yang hanya melibatkan peminat-peminat aktiviti lasak. Senario itu kini sudah berbeza. Ia menjadi aktiviti lasak yang melibatkan masyarakat bukan golongan khusus semata-mata. Selain mendekatkan masyarakat dengan keperihatinan terhadap alam sekitar ia menjadi penghubung mengeratkan pergaulan masyarakat dan organisasi. Wanita Muda Jelebu dan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Batu Sawa di Pertang, Jelebu pada 27 September 2020 lepas. Seramai 50 orang peserta pelbagai lapisan umur terlibat menjayakan aktiviti pendakian… Read More

Komuniti | Menyantuni Aktivis Masyarakat Yang Keuzuran

Bandar Rincing, 22 Julai: Hari ini, Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi bersama Penggerak Komuniti Negara Selangor menziarahi bekas Ketua Cabang Hulu Langat, Puvinendran a/l Munusamy di kediaman beliau di Bandar Rincing, Semenyih. Puvinendran merupakan aktivis masyarakat di Hulu Langat mengalami sakit stroke. Wakil YBM Hajah Zuraida Kamaruddin dan PKN Selangor turut memberi sumbangan kepada Puvinendran yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PKN Selangor, Haji Mohamad Fauzi Ahmad. _PPI