Koperasi Tentera umum dividen 7.5 peratus

PUTRAJAYA: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pembayaran dividen 7.5 peratus berjumlah RM124 juta kepada 158,243 anggotanya. Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral (B) Datuk Zulkiflee Mazlan, berkata dividen itu merangkumi empat peratus dividen dengan 3.5 peratus bonus. Katanya, Koperasi Tentera mencatatkan prestasi memberangsangkan walaupun kini terpaksa berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara. “Pada tahun lalu, Koperasi Tentera mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM175.8 juta dan selepas ditolak kos operasi dan peruntukan rosot nilai pembiayaan, koperasi ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM75.6 juta berbanding… Read More