Bomba selamatkan RM13 bilion harta tahun 2020

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan taksiran harta yang berjaya diselamatkan akibat kebakaran bernilai RM13 bilion sepanjang tahun lepas, berbanding RM48 bilion pada 2019. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penurunan drastik sebanyak 72.9 peratus itu disebabkan bilangan panggilan kes kebakaran yang rendah semasa pandemik Covid-19 melanda negara. “Perkembangan positif ini turut dicatatkan dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Response Time di bawah 10 minit iaitu meningkat sebanyak 5.97 peratus, daripada 53.12 peratus pada 2019 kepada 59.0 peratus pada 2020. “Disusuli pula… Read More

Rumah setinggan musnah terbakar

KUALA SELANGOR – Sebuah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah Sasaran di sini pada Ahad. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi. Menurutnya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudian bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah setinggan kelas C musnah 100 peratus,” katanya. Beliau memberitahu, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kebakaran dapat dikawal pada… Read More

NGO tempatan bantu misi bantuan bencana MP Ampang di Pahang

19 Januari, TEMERLOH: Misi bantuan bencana banjir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap diteruskan walaupun berlaku kesukaran merentas negeri kerana PKP. NGO tempatan, AZRB telah menghantar sumbangan beras YB Hajah Zuraida ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah jam 1:30 tengahari. Turut disumbangkan oleh NGO ini adalah sejumlah 160 helai telekung kepada mangsa banjir terlibat. Kelab Berbasikal Ampang (MCC Ampang) juga turut terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ini ke Temerloh, Lanchang dan Raub.

Bomba Malaysia wujud saluran TV Digital, ‘Bomba Channel’

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mempunyai saluran TV Digital mereka sendiri iaitu ‘Bomba Channel” Saluran Bomba Channel ini akan menjadi satu platform dalam perkongsian segala berita terkini yang berlaku di dalam JBPM. Antara pengisian yang akan dapat ditonton di dalam saluran tersebut ialah berita terkini, info JBPM, perkongsian ilmiah, tips keselamatan, hal ehwal kebajikan, laporan insiden dan banyak lagi. Aplikasi Bomba Channel ini boleh di muat turun di PLAYSTORE dan APPSTORE apabila ianya dilancarkan secara rasmi nanti.