Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hanya membenarkan pekerja perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) serta bekalan makanan mentah (BMM), yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 memasuki premis sekolah. la bagi memastikan usaha KPM mencapai imuniti kelompok di kawasan sekolah. Arahan itu yang dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh 3 September lalu, menyatakan kebenaran itu terpakai untuk penerima dos lengkap yang sudah melepasi hari ke-14 daripada tarikh kedua suntikan untuk vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Bagi penerima vaksin satu dos keluaran syarikat Johnson & Johnson… Read More

Pelajar tak ikut PdPR patut digantung sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan disaran menggantung persekolahan murid yang tidak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tegas wajar diambil jika ada murid yang tidak hadir sesi tersebut selama tiga hari berturut-turut tanpa alasan kukuh. Selain itu, menurut beliau, kementerian berkenaan juga perlu melihat dari aspek teknikal dan teknologi yang mampu untuk memenuhi keperluan murid sepanjang menjalani sesi PdPR. “Namun langkah dan sumber kewangan yang luar biasa amat diperlukan untuk menangani segala masalah yang timbul berkaitan proses PdPR. “Kementerian juga harus ada… Read More