PeKT Kuala Selangor santuni masyarakat Islam sempena Ramadhan

KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor meneruskan khidmat komuniti melalui beberapa program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan ini pada 21 dan 22 April minggu ini. Penyelaras PKN Dun Bukit Melawati merangkap PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah menyampaikan sumbangan buah kurma rakyat Dun Bukit Melawati Parlimen Kuala Selangor. Sebanyak 500 pek buah kurma telah diedarkan. Edaran juadah sahur turut disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan tempatan iaitu Balai Bomba dan Balai Polis Kuala Selangor. _PPI

PeKT Kuala Selangor anjur gotong royong perkuburan Islam Telok Piah

11 April 2021, KUALA SELANGOR: Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menganjurkan program gotong royong tanah perkuburan Islam Telok Piah di sini. Ini adalah usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Menurut Pengerusi PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara PeKT dengan jemaah masjid menjelang bulan Ramadhan. _PPI

PeKT Kuala Selangor jalin hubungan baik dengan PDRM

26 Mac, KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) menjalinkan hubungan baik dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Selangor melalui lawatan ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kuala Selangor Dun Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo menyampaikan kek dan barangan makanan kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor (OCPD). Pegawai khas kepada OCPD Kuala Selangor, Puan Zarita telah menerima sumbangan bagi pihak OCPD. Sumbangan ini adalah sempena sambutan Hari Polis yang ke 214. Ini adalah antara peranan penting PeKT menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan agensi keselamatan negara.

PeKT Kuala Selangor hulur sumbangan mangsa ribut

10 Mac, BUKIT MELAWATI: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor hari ini telah menghulurkan sumbangan keperluan dapur dan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Taman Kamasan, Bukit Melawati. Sumbangan keperluan tersebut telah disampaikan oleh team Penyelaras PKN Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo kepada mangsa tiga buah rumah yang rosak akibat ribut. Shooba yang juga PeKT Kuala Selangor turut turun melawat dan melihat kesan kerosakan tiga rumah yang terjejas tersebut. _PPI