Info PBT: Majlis Perbandaran Kuantan tadbir empat mukim

Kuantan merupakan ibunegeri kepada negeri Pahang yang mengikut catatan sejarah moden telah dibuka pada tahun 1851. Kuantan semasa era purbakala dikenali dengan nama Koli, antara petempatan manusia terawal yang wujud di Semenanjung Malaysia. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan… Read More